Lu sedang menerjah ke dalam blog AkuSiMisteri! Sila berpakaian SOPAN dan menutup aurat! Segala caci maki dan keji kejam hanya gua je yang buleh luahkan. Terimas...

Best view of this blog with Mozilla Firefox: resolution - 1024 x 768 pxls
Home | Mail | Yahoo!Messenger | Guest Book | Profil AkuSiMisteri | Dashboard

Saturday, February 6, 2010

MLM itu bukan MALAM

Salam to all,

Dah lama gua tak membebel dalam blog nih. Pernah satu ketika gua cuba untuk menghentikan tabiat nakal gua berseloroh dalam blog dengan berhenti daripada berblogging tak tentu arah dengan pelbagai isu yang kadangkala tiada sebarang kaitan dengan gua. Pun begitu, gua berjaya menegah jari jemari gua dari terus mengetik papan kekunci daripada membebel di sini. Gua sedar, masih ada yang sudi menjengah blog gua untuk mengambil pedulik apa kisah terkini yang dapat gua suakan sebagai bahan bacaan.

Cukup untuk mukadimah!

Januari lalu, gua tak hingat tarikh sebenarnya, cuma gua ingat harinya ialah Rabu. Kita mulakan dari babak pertama kisahnya.

Dalam waktu tengahari (gua tak ingat masanya), sedang gua bertungkus lumus meronda sekitar Kolej 10 untuk menggantikan AP (access point) di sekitar kolej, gua menerima SMS daripada seorang kawan gua, Udi. Menurut kandungan SMS lebih kurang seperti berikut; 'Pis, mesti ko tak percaya, tadi aku sarap dgn Miss J'
Gua baca SMS tersebut, tetapi terasa malas nak membalas berikutan kerja-kerja perlu gua utamakan. *Miss J adalah bekas pensyarah Bahasa Inggeris gua dan rakan-rakan dalam semester 6 di PJB

Selesai kerja, gua pulang ke opis untuk melaksanakan kerja-kerja pengemaskinian laporan online. Tiba-tiba telefon berdering, dan panggilan itu adalah daripada Udi.
"Pis, pagi tadi aku jumpa Miss J. Dia nak jumpa ko petang nih, macamana?" gua agak teruja sebab bekas pensyarah yang dah hampir 2 tahun tak bertemu ingin berjumpa dengan gua. "Ok lah kot, ko ajak Ijad sekalilah". Gua mencadangkan kepada Udi sebab gua segan nak jumpa beliao sendirian.

Petangnya, seperti yang dijanjikan, gua telah bergerak ke Restoran Ayub di Taman Universiti, tempat yang disetkan sebagai tempat pertemuan. Gua tiba agak awal. Lepas solat, gua terus gerak. Bila call Udi, dia baru nak gerak keluar dari UTM, Ijad pula habis kerja pukul 5.30 dan dalam perjalanan. Gua melepak di restoran tersebut sambil menanti Udi.

Setibanya Udi, barulah gua jumpa Miss J yang sebenarnya dah lama sampai sebelum gua. Gua teruja. Kami berborak, macam-macam hal. Perihal kerja, kenangan dulu di PJB dan sebagainya. Penuh gelak ketawa tanpa sebarang SYAK WASANGKA. Ijad pon tiba, diteruskan cerita. Miss J tidak datang seorang, ditemani husband dan adiknya. Macam-macam cerita dan seloroh.

Sampai satu bahagian, bermula kisah yang gua nak ceritakan. Tiba-tiba terpacul dari mulut Miss J; *Dialog bukan sebenar tetapi menjurus kepada maksud yang sama

Miss J: Hafiz, you malam nih free tak?
Gua: Kenapa? (Gua perlu mendapatkan sebab sebelum menjawab)
Miss J: You free tak? Malam nih ikut I pegi jalan-jalan.
Gua: (Sambil tersengeh) Alamak, takboleh lah puan. Malam nih saya ada futsal.
Miss J: Alah, besok-besok je lah main futsal. Malam nih temankan I pegi jalan-jalan.
Gua: (Masih cuba menolak) Hmm.. tapi malam nih kitorang main kat tempat baru, ingat nak rasa macamana main kat tempat baru.


Miss J terus mengasak dan memujuk gua dengan pelbagai godaan ayat. Gua seperti tidak sampai hati nak mematahkan hati seorang 'lecturer' yang pernah mengajar gua. Miss J ada mengajak Udi sekali, tetapi Udi kena standby sampai malam. Gua terdiam sekejap untuk berpikir. Terus gua pandang Ijad dan berkata; "Kalau Ijad pergi, saya pergi". Tak pasal-pasal gua babitkan Ijad. Miss J pon pujuk Ijad. Dan seperti Ijad setuju walau dalam paksa, maka kami pon bersetuju. Malamnya lepas Maghrib, perjanjian dibuat. Gua akan tunggu Miss J jemput gua di belakang UTM (pintu belakang Taman Sri Pulai).

Lambat! Gua paling hangin kalau janji Melayu bertukar menjadi janji Ke***g. Serius! Gua SMS dgn Ijad perihal kes malam nih. Sebelum itu, setibanya gua di rumah lepas lepak kat Ayub, gua call Udi. Gua tanya, dia tau atau tak planning Miss J malam tuh. Udi kata dia tak tahu, dan gua menyuarakan syak wasangka gua. "Udi, aku rasa dia nih nak bawak aku buat bisnes la. Aku rasa macam MLM, sebab aku nampak diari laki dia atas meja tadi siap ada payslip dalam diari tuh". Gua mencetuskan was-was gua. Udi pon bingung. "Takpa, kita tengok je malam nih, tapi kalao MLM, sori lah" gua kata pada Udi.

Dah lambat sangat tunggu Miss J, gua mintak alamat Ijad sebab gua rasa baik gua park keta gua kat rumah Ijad. Gua terus ke rumah Ijad lepas Ijad call cara-cara nak sampai rumahnya. Ok, gua sampai ke rumah Ijad dan tak lama gua sampai, husband Miss J call Ijad mintak tunjuk arah. Tibalah sebuah Perodua Kenari putih di hadapan rumah Ijad. Seorang lelaki keluar, dan gua hampir cam itulah husband Miss J. Kami dijemput naik ke kereta. Perjalanan diteruskan. Pemandu Kenari berhenti seketika di stesyen minyak, dalam kereta gua berbisik dengan Ijad, "Jad, aku rasa nih macam ada bisnes lah jad. Aku rasa MLM nih" Ijad buat muka bingung dan resah sebab kalau sebut saja MLM, Ijad dan rakan-rakan serumah aku sewaktu belajar dulu ada pengalaman dengan UPTREND yang juga dibawa oleh seorang pensyarah.

Gambar hiasan: Rakan-rakan sekelas gua pernah terjebak dengan UPTREND

Perjalanan diteruskan. Gua nak pendekkan terus cerita nih pasal gua dah penat menaip.

Gua dan Ijad diberitahu kami akan ke Simpang Renggam. Ah, sudah. Jauh pulak. Gua dah macam gigil siket nih, agak-agak dibunuhnya gua dengan Ijad, takda sapa yang tahu. Takpa, gua rilek dan tenang. Apa nak jadi, jadilah. Dalam perjalanan, gua terima SMS daripada Udi; "Pis, kalau MLM dia mintak IC, ko jangan bagi. Ko keluar je bangunan dan bagitau aku, nnt aku pickup".

Gua balas SMS Udi. Kecurigaan gua ternyata hampir benar. Gua dibawa ke sebuah pusat di Simpang Renggam. Gua lihat banyak kenderaan beratur di luar premis. SAH! Gua dibawa naik ke tingkat satu bangunan dan gua dengar suasana bising dengan ramai orang berpakaian seragam yang sama. Gua jengah ke dalam, ramai orang! Gua dibawa masuk untuk duduk. Nasib gua tak berapa baik. Gua duduk barisan paling depan. Ijad dapat tempat kat belakang gua. Takpa, gua tekad je. Biar gua dengar apa diorang nak bebel tapi gua tetap dengan tekad hati gua.

Ini dia penangan seorang lagi pensyarah yang cuba memperdaya bekas anak muridnya! Gua tak sangka. Mungkin niatnya baik. Terus terang gua katakan, gua tak minat dengan kaedah mencari pendapatan melalui MLM. Macam-macam cerita gua dah dengar dan gua sendiri dah lihat rakan-rakan serumah gua dulu join UPTREND. MLM kali nih pulak adalah berkaitan Hai-O. Gua tau, lu orang mesti pernah dengar perihal nih kan? Sasaran mereka ialah kakitangan kerajaan. Dengan modal besar! Marketing Planning mereka pulak sangat canggih yang mampu mencairkan jiwa seseorang yang ghairah melihat kemewahan dunia, iaitu beberapa buah kereta elit seperti BMW, Estima dsb. Gua tak cair dengan semua tu, pada gua cukup gua hidup bersederhana dan bahagia. Tak perlu kemewahan sebegitu andai hidup dikelilingi hutang!

Gambar hiasan: Jeratan skim Hai-O yang tak jadi pada gua

Malam itu, gua sampai di rumah jam 2 pagi. Selesai 'ceramah' free tersebut, gua dibawa minum-minum sambil mereka cuba mencucuk gua dan Ijad tapi gua tak dapat berikan jawapan yang pasti malam tuh walhal gua memang taknak join pon. Gua berikan macam-macam alasan, sampaikan gua kata untuk jumpa pada keesokan harinya untuk berbincang. Malam itu gua tak dapat tidur padahal sepanjang 'ceramah' free tersebut gua sangat mengantuk giler. Tidur tak lena, gua cuba mencari alasan untuk menolak secara baik daripada menyertai skim mereka itu.

Keesokannya, wakil pensyarah gua call gua tetapkan tempat pertemuan. Gua pulak menetapkan masa, iaitu jam 1 tengahari SAHAJA! Gua tunggu di tempat yang dijanjikan sehingga jam 1.30 petang, tapi kelibat wakil tersebut tak muncul. Gua balik ke opis sambil ditemani Udi, dalam perjalanan gua terima panggilan. Gua katakan; "Sorilah kak. Saya tak dapat tunggu sebab pukul 2 saya kena standby meeting. Saya sebenarnya nak cakap berdepan lah kan sebab saya rasa tak elok cakap kat telefon, baik saya bertentang mata. Sebenarnya saya rasa saya belum bersedia nak buat benda nih..." gua terus menafikan pujukan dan rayuan wakil Miss J yang juga merupakan adiknya yang dah berpangkat CDM dalam skim tersebut. "Takpa, Hafiz standby kat mana? Akak boleh datang jumpa" Ah, sudah. Sampai nak kacau tempat kerja gua.

Tiba ketikanya, dia pun datang. Gua terpaksa 'lari' sekejap dari tugas untuk melayan 'tetamu tak diundang' nih. Gua terus denied semua kaedah pujukan wakil tersebut untuk memujuk gua menyertai skim tersebut. Gua terus denied, denied dan terus denied. Dia masih tak putus asa dengan mengeluarkan pelbagai 'fatwa'nya. Yang gua tak suka bila dia gunakan ALLAH untuk mencairkan gua. Yang gua tahu, rezeki datang dari ALLAH tapi dengan usaha kita sendiri. Takkan datang rezeki itu tanpa usaha. Adakah MLM nih suatu 'usaha' mencari rezeki? I don't think so.

Setengah jam pertemuan, henset gua berdering. Gua lihat nama senior gua, dalam hati gua berkata; "Barulah nak selamatkan aku.. lama aku tunggu" Gua terus berdalih memanggil senior gua sebagai 'bos' supaya orang itu tahu yang bos gua panggil gua. Gua katakan padanya; "Kak, saya terpaksa pergi. Bos saya dah panggil. Sorilah kak, saya tak dapat join. Susahkan akak je datang sini" "Tahniah, Fiz. Tahniah.. blah.. blah.. " gua tak berapa amik port apa yang 'tahniah' tuh. Gua yakin mesti dalam hatinya kecewa. Haha.. padan muka!

Gambar hiasan: Kecewa sudah

Itu dia cerita di sebalik kisah gua dengan MLM.

Gua tak percaya kita boleh senang dengan mudah dengan sedikit 'usaha' tetapi besar modal. Usahanya hanyalah, mencari EMPAT orang supaya join skim nih dan begitulah seterusnya dengan setiap orang yang join. Apa nak jadi?

Rezeki takkan datang sendiri tanpa usaha. Memang betul, 9/10 rezeki itu datangnya dari perniagaan. Tapi fikir-fikirkanlah. Mintak mahap pada sesapa yang membaca ini merupakan 'ahli MLM'.. gua tak berniat menyinggung sesapa, cuma cuba cerita pengalaman gua.

Terima kasih kerana membaca..

© akusimisteri.blogspot.com

Monday, January 25, 2010

Pertemuan Mini bekas pelajar DIT 2005

Sunday, January 24, 2010

Panas: Penghinaan

Kecoh!

Rakyat negeri Johor rasanya kecewa dan marah! Sudah tersebar di media massa. Dan aduan polis telah dibuat. Kasihan, anak bangsa Melayu begini.

Kononnya, terdapat sebuah blog anak watan yang melemparkan kata-kata penghinaan terhadap kemangkatan Ke Bawah Duli Almarhum Sultan Johor. Gua tak sempat membaca kata-kata nista tersebut, tapi atas inisiatif beberapa pihak yang pantas melakukan 'printscreen', dapatlah gua baca apa yang dinistakan.

Memang BIADAB! itu yang dapat gua simpulkan. Menurut sebuah blog lain (yang cuba menegakkan benang basah), entry tersebut tiada sebarang kaitan dengan kemangkatan Ke Bawah Duli. BETUL! Memang tiada sebarang perkataan yang ditujukan khas kepada peristiwa kemangkatan baginda sultan. Tapi, secara logiknya, melalui tarikh dan masa entry di'publish', sudah pastinya ia ditujukan kepada peristiwa tersebut.

Ke mana perginya maruah sebagai anak bangsa Melayu yang menjunjung kedaulatan sultan Melayu? Gua kecewa. Ada juga anak bangsa begini. Kalau gua diberi kuasa untuk menjatuhkan hukuman, pastinya hukuman seberat-beratnya akan gua kenakan.

Sebagai seorang Islam yang beriman, kita dilarang bercakap buruk terhadap si mati. Inikan pula berkata buruk kepada Almarhum Sultan, seorang ketua negeri dan ketua agama Islam di negeri pemerintahan baginda.

Menurut blog yang membela tindakan blogger yang terhina itu, ia tiada kaitan secara langsung dengan peristiwa kemangkatan baginda sultan. Tapi tidakkah berkait tentang perkataan; Datuk Bendahara? Adakah itu satu gelaran untuk orang kampungnya? Tak logik, tidak masuk akal! Gua berharap, pihak berkuasa melakukan siasatan seadil mungkin mengikut landas undang-undang yang termaktub demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat serta negara.

Blogger terhina tersebut juga telah memohon maaf menerusi laman blognya. Bukankah itu satu bukti ketakutan dan kesalahan? Dia juga telah memadam/membuang artikel yang telah membangkitkan rasa marah rakyat khususnya rakyat negeri Johor. Menerusi permohonan maaf itu, didapati dia mengakui keterlanjurannya. Itu satu bukti yang sahih bahawasanya dia memang bersalah dan artikel tersebut memang ditujukan ke atas peristiwa kemangkatan sultan. Kalau benar, mengapa dibuang artikel tersebut?

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Raja adil, raja disembah! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Petikan kenyataan BIADAB si blogger BIADAB dan terhina!

Kenyataan maaf daripada blogger BIADAB!


Petikan kenyataan yang mempertahankan artikel blogger BIADAB!

Friday, January 22, 2010

Belasungkawa: Sultan Johor


Rakyat negeri Johor Darul Takzim dimaklumkan akan kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada jam 7.15 malam.

Pengumuman dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman. Sebelum itu, Tunku Ibrahim Ibni Sultan Iskandar dilantik sebagai pemangku raja semasa kegeringan Tuanku Sultan pada petang tadi.

Takziah untuk seluruh keluarga baginda dan rakyat Johor Darul Takzim.

Al-Fatihah..

Monday, January 11, 2010

Selingan: Lawak Sakan

video

Saturday, January 9, 2010

Isu Semasa: Kalimah ALLAH

Salam to all.. gua ingat gua dah bersara dari dunia blog nih.. terpaksa gak gua jengah sini untuk menempel sedikit sebanyak firasat gua dalam isu semasa.. haish.. dah ludah jilat balek ke? apakah..

oleh akusimisteri

Negara terutamanya rakyat beragama Islam digegarkan dengan keputusan mahkamah tinggi yang membenarkan sebuah majalah katolik menggunakan istilah ALLAH. Ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut sehingga rakyat cuba melibatkan pihak istana.

Isu ini juga menjadi satu isu yang cuba dipolitikkan oleh beberapa pihak.

Penulis ingin mendefiniskan sedikit pendapat serta pandangan tentang kalimah ALLAH dari segi logik akal dan sedikit ilmu yang dituntut sehingga menerima Sijil Tinggi Agama (Darjah Khas) Majlis Agama Islam Johor.

Secara umumnya, seseorang yang berpegang kepada ENAM rukun iman seharusnya yakin dan percaya dengan hati, pertuturan dan perbuatan kepada ALLAH, Malaikat, Rasul, Kitab, Hari Kiamat dan Qada' Qadar. Jika dihuraikan satu persatu, kita dapat melihat kaitannya dengan isu yang ditimbulkan pada hari ini.

Mari kita lihat tentang keimanan kepada ALLAH. Semua umat yang mengaku beragama Islam pastinya mempercayai kewujudan ALLAH. Percaya ALLAH itu Esa. Percaya ALLAH pentadbir sekalian alam. Percaya ALLAH pencipta dan pemilik mutlak setiap makhluk. Kita lihat pula bagaimana kalimah ALLAH ini menjadi isu. Dasarnya, ALLAH adalah pencipta sekalian makhluk, pemilik sekalian makhluk. ALLAH adalah Esa.

Ada pihak yang mengatakan istilah 'ALLAH untuk semua' adalah salah. Di mana salahnya? Apakah ALLAH hanya mencipta umat manusia beragama Islam? Kalau kita sedari, ALLAH itu Pencipta Sekalian Makhluk tidak kira agama, bangsa, budaya, warna kulit dan sebagainya. Kita yakin dan percaya ALLAH yang mencipta, tapi mengapa istilah 'ALLAH untuk semua' bukanlah istilah yang sesuai. Kita dituntut untuk menghakimi atau meneliti sesuatu perkara berdasarkan logik aqli dan naqli. Logik akal kita mengatakan ALLAH itu Esa dan pencipta sekalian makhluk dan alam. Dan termaktub juga di dalam Al-Quran Al-Karim. Jadi adakah istilah itu salah?

Bagi penulis, kalimah ALLAH itu boleh digunakan oleh mana-mana pihak, cuma sekiranya kalimah ALLAH itu adalah bertujuan penghinaan maka WAJIB bagi umat Islam untuk menentang mereka yang mempermainkannya.

Apakah salah bagi agama lain menggunakan kalimah ALLAH dalam dakwah mereka? Bagaimana sekiranya mereka berdakwah seperti ini, (CONTOH) "ALLAH adalah tuhan yang dipercayai oleh orang Islam" atau "ALLAH adalah tuhan orang Islam". Apakah salah mereka menyatakan sedemikian kepada pengikut ajaran mereka? Istilah berkenaan dilihat langsung tidak menyalahi dari segi akidah sekalipun kerana ianya BENAR! ALLAH adalah tuhan yang Esa yang dipercayai oleh orang-orang Islam dan orang-orang Islam mempercayai ALLAH adalah Esa, tiada tuhan selain ALLAH termasuk juga tidak wujud tuhan-tuhan seperti yang disebut atau dipercayai oleh agama Kristian, Buddha, Hindu dan sebagainya. Kerana kita percaya dan tahu serta termaktub dalam Al-Quran Al-Karim sesungguhnya ALLAH itu pentadbir sekalian alam serta pencipta sekalian makhluk.

Lain pula halnya sekiranya mereka mempersendakan kalimah ALLAH dalam ajaran mereka. Itu satu isu yang sangat sensitif yang menuntut umat Islam untuk menegakkan syiar. Adakah kita suka mereka mengistilahkan tuhan kita selain daripada kalimah ALLAH? Pada zaman nabi, kaum kafir Quraisy juga menyebut atau menggunakan kalimah ALLAH cuma perbezaannya mereka tidak mempercayai ALLAH sebagai tuhan mereka. Tidak pula Nabi Muhammad SAW melarang mereka menyebut nama ALLAH, kerana ALLAH itu sememangnya tuhan yang Esa tidak kira mereka percaya atau sebaliknya.

Kita seharusnya berfikir secara mendalam berlandaskan panduan yang ditinggalkan untuk kita; Al-Quran dan Sunnah Nabi SAW.

Akhir kata, bagi penulis istilah 'ALLAH untuk semua' adalah tidak salah dan penggunaan kalimah ALLAH juga boleh digunakan dengan niat tidak memburukkan atau mempersendakannya untuk tujuan menimbulkan ketegangan demi kepentingan diri sendiri. Bukanlah niat penulis menyokong mana-mana pihak, tetapi penulis hanya cuba menyampaikan apa yang sepatutnya.



© akusimisteri.blogspot.com


p/s: akusimisteri bukanlah seorang berfikiran bebas beragama, cuma mahukan kedamaian dan keamanan negara terpelihara namun tidak mahu Islam diremeh temehkan dan dipolitikkan oleh MEREKA yang tidak bertanggungjawab! akusimisteri berpegang kepada akidah LailahaiLLAH (Tiada Tuhan Selain ALLAH).

Tuesday, December 29, 2009

..the END

Akhirnya.. selesai sudah..

Lebih 45minit ditemu bual oleh panel hakim yang terdiri daripada pegawai-pegawai eksekutif termasuk Timbalan dan Pengarah.

Gua takda hal sangat. Cuma kalao berlaku hal-hal begini, gua buleh kekeringan darah. Kesian gua.. takot dibuatnya. Apapun, candidate yang sekali masok dengan gua berlatarbelakangkan pelbagai kelayakan dan pengalaman yang gempak-gempak belaka. HEBAT.. ada antara mereka yang memang gua kenal. Tapi, tak mengapa.. kalao ada rezeki, jawatan itu untuk mereka. Gua memang tak berharap sebab melalui pemerhatian gua, department gua memang mencari seorang PROGRAMMER yang buleh bikin programming.. gua bukan jenis itu lagi.. gua dah tak berminat dan skill gua makin lebam serta tumpol.. hilang entah ke mana.. fokus gua kini lebih terarah kepada rangkaian.

Anyway, harinih suma hensem dan cantik belaka.. suma candidate lelaki pakai neck-tie.. Gua? dahlah baju belang, neck-tie pon takda.. kahkah.. dah nampak tipisnya peluang itu.. terimas atas sokongan suma.. termasuk juga cik qieekan, cik anipenyu, kawan-kawan sekerja, kawan-kawan sekelas, kawan-kawan facebook dan ramai lagi.. terimas suma.. ganbatte!

Monday, December 28, 2009

Peluang yang DIBUKA

Pertama sekali, gua nak mengucapkan TAHNIAH kepada bos gua yang dikenali sebagai Datok K atas perlantikan sebagai PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT.

Pagi nih agak 'kecoh' dengan perlantikan Datok K sebagai pegawai. Gua selaku anak buah beliao tumpang gembira kerana bos gua sendiri telah dinaikkan pangkat. Dan secara tidak langsung, terbuka satu peluang yang MUNGKIN baik untuk diri gua.

Tatkala bos gua melangkah ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat, secara rasminya terdapat kekosongan jawatan yang ditinggalkan beliao iaitu Penolong Pegawai Teknologi Maklumat. Pada gua, kalao sampai rezeki gua, gua teringin nak mengisi kekosongan tersebut. Barulah nampak sikit gua kekal dalam unit yang sama dan itu sebenarnya yang gua nak kalao gua dinaikkan ke pangkat tersebut.

Cumanya, yang membuatkan gua rasa serba salah dan tak patot ialah gua rasa gua sangat BELUM layak untuk mengisi jawatan tersebut. Seharusnya, peluang ini diberikan kepada senpai-senpai gua kerana mereka lebih lama dan berpengalaman dalam selok belok network di sini. Gua akan rasa janggal untuk surpass senpai-senpai gua kerana gua masih baru setahun jagung. Kalao diibaratkan bayi, gua baru sahaja nak bertatih menapak untuk berjalan.

Tapi, itulah.. gua nampak PELUANG di sini.

Nampak gaya, gua TERPAKSA menghadiri sesi temu bual esok. Hmm.. doakan gua. Terimas..

Thursday, December 24, 2009

Dilema.. Betul-betul GUSAR

Gua betul-betul dalam dilema. Terus hilang mood. Jantung berdegup semakin kencang. Ah.. sudah..

Tik.. tok.. tik.. tok..

Time is running-out.. oh no.. I need to buy some more time..

Tik.. tok.. tik.. tok..

Gua belum bersedia. Nak pegi ke tak? Kalau tak pegi, adakah nama gua akan disenarai hitam dan tak buleh lagi memohon sebarang jawatan? Betul-betul gusar.. gua tengah tak sedap hati.. gua belum rasa nak keluar daripada unit Rangkaian nih.. gua sayang bilik technician nih.. walaupun tak sesempurna mana, tapi gua cukup suka. Bilik pertama sejak gua melangkah masuk ke CICT nih.

Gua sayang kerja-kerja gua, walaupun kadang-kadang bikin tensen. Gua belum puas beramah mesra dengan senpai dan bos-bos gua (pergh.. ayat.. tak ingat.. haha.. - nak sedapkan ati sendiri).. gua dilema nih.. macamana eh..?

Wednesday, December 23, 2009

Galak yang MAUT

Tabiat terbaru gua. Dicetuskan oleh budak praktikal kat tempat gua. Gua semakin galak dan terus galak. Kat opis, rumah.. inilah dia yang gua lakukan. Cuba memecahkan rekod. Menambah skill menembak supaya menjadi lebih galak. Gua berjaya menjadi sharpshooter yang hebat apabila gua berjaya menembak mati ramai terrorist.

Cita-cita gua dulu nak jadi polis, pegang pistol, tembak-tembak penyamun tak kesampaian. Kira oklah gua galak jugak mempamerkan skill menembak gua dalam tabiat baru gua ni. Tak kira berapa ramai yang gua kasi tembak mati, langsung gua tak kena dakwa. Kena penjara?? Jauh sekali. Siapa berani nak dakwa gua. Gua COUNTER-TERRORIST! gua kasi tembak suma itu ISRAEL-TERRORIST!

Gua memulakan kerjaya MENEMBAK mati para terrorist dengan menggunakan pistol KM .45 TACTICAL

Seterusnya, bila gua dah dapat banyak reward akibat skill maut gua menembak si jahanam tersebut, maka gua upgrade senjata gua kepada KRIEG 550 COMMANDO

Aksi terrorist yang terkulai dan berlumuran darah akibat terkena skill maut gua. Padan muka..!

Tanda kemenangan team gua. Untuk makluman, 90% kemenangan team gua adalah hasil sumbangan gua sendiri. Teammates gua tak buleh harap!

Bila peluru habes, kasi reload sudah.. maklomlah, duit banyak, peluru stand-by pon buleh tahan banyak.

Ini dia keputusannya. 30 pusingan, gua cuma ditembak maut sebanyak 9 kali je. Ini pun sebab kejumudan teammates gua yang jumud yang suka halang pandangan gua untuk menembak. At last, gua juga kena tembak.. kat kepala pulak tuh.. adeh..


ayat|tambah: kalau lu orang tensen, gua harap jangan sesekali mencuba game nih pasal lu orang buleh bertambah tensen dengan game ini! - bila ditembak mati.. huh..